Digital Learning box ET043 - NEW!

Digital Learning box

================

Mainan kayu seperti sempua atau abacus tetapi jauh lebih mudah untuk anak-anak yang belum bersekolah. Ini sangat sesuai untuk dideahkan kepada anak yang baru mahu belajar operasi asas tambah, tolak, kali dan bahagi. Bagusnya  mainan ini ia boleh dipakai sehingga ke peringkat sekolah rendah! Sangat membantu jika anak anda masih belum cekap menconggak operasi tambah dan tolak bahkania boleh mengira operasi nilai sa, puluh dan ratus.


Mainan iini mendidik anak-anak untuk lebih FOKUS, SABAR,

MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH

dengan megabungkan minda yang aktif dan koordinasi tangan.

===========================

Bagaimana cara untuk bermain ni??

============================

Baik kami ajarkan:

ada 3 baris:

Baris pertama adalah untuk nilai sa iaitu nombor 10 ke bawah. (Beads berwarna kuning).

Baris kedua adalah untuk nilai puluh iaitu nombor 100 ke bawah. (Beads berwarna biru).

Baris bawah sekali adalah untuk nilai ratus  iaitu nombor 1000 ke bawah. (Beads berwarna merah).


Asas mainan operasi tambah:

Gerakkan beads dari kiri ke kanan sambil sebut nombor 1,2,3 sehingga beads kuning terakhir adalah 10. Kini semua beads di  baris atas sudah ke kanan. Ini bermakna  10 beads kuning samada dengan 1 beads biru di bahagian tengah.  ( 10 biji kuning = 1 biji biru) 

Jika semasa operasi dimainkan baris atas sudah penuh 10 beads ke kanan terus gantikan 1 beads sahaja berwarna biru di tengah dan simpan semula semua beads kuning tadi ke kiri. Boleh faham? :D

Begitu juga dengan nilai 100. ( 10 biji biru = 1 biji merah)  Jika semasa operasi dimainkan baris tengah sudah penuh 10 beads ke kanan terus gantikan 1 beads shj berwarna merah di bawah sekali dan simpan semula semua beads biru tadi ke kiri.


Latihan 1:

4 + 5 = ?  Gerakkan 4 biji beads kuning ke kanan. Kemudian gerakkan lagi 5 biji beads kuning ke kanan. (campurkan) minta anak kira hasil semua sebelah kanan dan ambil nombor yang disediakan untuk jawapan. iaitu "9"

Latihan 2:

8 + 3 =?  Gerakkan 8 biji beads kuning ke kanan. Baki biji kuning ada 2 sahaja sedangkan kita perlu gerakkan lagi 3 biji untuk jawapan operasi tambah ini. Bagaimana nak buat? ingat semula formula ( 10 biji kuning = 1 biji biru). Sebut sama-sama dengan anak gerakkan dahulu 2 yang tinggal di baris atas tadi cantumkan semua ke kanan kemudian kita tukar 10 biji kuning dengan gerakkan 1 biji biru dibahagian bawah  ke kanan. Simpan semula semua beads kuning tadi ke kiri dan sambung kira tarik satu lagi beads kuning untuk cukupkan "3" ke kanan . Apa hasilnya? 1 biji biru (puluh), 1 biji kuning ( 1 sa) = 11

Mudah bukan? :) Konsep asas yang sama boleh main nilai sehingga ratus.




Asas mainan operasi tolak: Sama kaedahnya bezanya untuk permulaan operasi gerakkan semua beads kuning ke kanan kemudian mula tolakkan beads ke kiri 


Latihan 1: 3 - 2: Rujuk Vedio ini  (adik ini berusia 3 tahun)

Latihan 2: 5 - 2: Rujuk Vedio ini (adik ini berusia 3 tahun)











  • Learning addition, subtraction, multiplication and division with fun!
  • Simple calculation by using Abacus.
  • Early introduction to analog clock.
  • Suitable for kids 3 years and above.

Harga
Retail RM35.00

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Digital Learning box ET043 - NEW!

  • Product Code: ET043
  • Availability: 3
  • RM35.00

Qty

Tags: education toys, wooden toys