Arabic Numbers Wooden Knobbed Puzzle ED065 - NEW!

Perkongsiaan cara ajar mengira di dalam bahasa arab. 
=========================================

Mudahnya untuk ajar mengira dengan anak di dalam bahasa arab bila puzzle arab kini di pasaran malaysia.

Puzzle ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas. Jika bawah dua tahun sudah pandai memang knob juga boleh bermain di atas pengawasan ibubapa.

Tujuaan ada knob kecil ini adalah untuk asah skil anak belajar memegang puzzle dengan jari. Ajarkan anak hanya menggunkan 3 jari sahaja. Ini adalah latihan cara memegang pensil! Jika anak kecil sudah biasa bermain dengan puzzle ini, insyaAllah dia akan mudah memegang pensil dengan betul bukan dengan cara menggenggam batang pensil.

Cadangan cara bermain:
1. Keluarkan satu persatu dari puzzle dan masukkan semula satu-satu di ikuti dengan sebutan kiraan di dalam bahasa arab

2. Keluarkan satu persatu dari puzzle dan susun melintang dari kanan ke kiri. susun kan pompom/butang besar / penutup botol air mineral mengikut / beads ( atas pengawasan ibubapa) dan susun jumlah unit menggikut nombor puzzle tersebut.

3. Buka buku 123 yang mempunyai gambar2 bilangan nombor. padankan nombor bahasa arab ini dengan nombor 123 di atas buku yang anda ada.

Dengan adanya aktiviti seperti ini sel-sel otak akan lebih cepat berhubung. grin emoticon Penggunaan semua deria ransangan penglihatan, sentuhan, pendengaran dapat membantu anak lebih cepat faham dan terus simpan di dalam memori hardisk mindanya.

Selamat beraktiviti dengan anak!

++++++++++++++++++

 
  • Introduce your child to Arabic numbers
  • Suitable for child 12 month and above
  • Encourage hand-eye, fine motor and visual perception skills.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Arabic Numbers Wooden Knobbed Puzzle ED065 - NEW!

  • Product Code: ED065
  • Availability: 3
  • RM26.00

Qty

Tags: Arabic Puzzle